KUALA LUMPUR, 14 Mei 2026 β Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu telah menyempurnakan Majlis Penutupan βNational Weapons Training; Countering Weapons Smuggling in South East Asiaβ yang berlangsung petang tadi.
Program ini dianjurkan hasil inisiatif INTERPOL General Secretariat, Lyon bersama US Department of Energy (DoE) bagi memperkukuh usaha membanteras penyeludupan senjata api di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Mr Aaron Mosby, Senior Advisor, US Office of Nuclear Smuggling Detection and Deterrence (NSDD) serta Ms Line Haidar, INTERPOL Firearms Specialized Officer.
Latihan ini melibatkan penyertaan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Program yang melibatkan 14 negara anggota ini akan berlangsung sehingga Oktober 2028. Malaysia menjadi negara pertama dipilih untuk melaksanakan program berkenaan, yang berlangsung dari 11 hingga 15 Mei 2026 dengan jayanya.
Dalam ucaptamanya, Datuk PJSJ menegaskan kepentingan kerjasama strategik antara agensi bagi memperkukuh keselamatan negara, melumpuhkan kegiatan penyeludupan senjata api serta membanteras jenayah rentas sempadan.
Usaha berterusan ini diharap dapat memperkasa kerjasama antara jabatan dan agensi dalam menangani jenayah penyeludupan senjata api di rantau ini.
Hadir sama, DCP Datuk Dennis Lim Kwang Keng, Timbalan Pengarah JSJ (Forensik/Perancangan Strategik); DCP Datuk Mohd Sukri Kaman, Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi); DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman, Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan/Perundangan); SAC Muhammad Riduan Manap @ Saif, Ketua Penolong Pengarah D9 serta SAC Zuraimi Zam Zam, Ketua Penolong Pengarah D10.
— MINUTESMY
— SOURCE:Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ PDRM)