Anwar Tegas Tidak Campur Tangan Isu Kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

PENDANG, 25 September 2026, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan campur tangan dalam isu berkaitan kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Beliau berkata sebarang pertikaian berkaitan institusi diraja perlu diselesaikan mengikut Perlembagaan dan undang-undang.

Anwar berkata dalam sistem Raja Berperlembagaan, sebarang tindakan terhadap kedudukan Raja tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya, sebaliknya mesti mematuhi peruntukan dan proses yang ditetapkan.

Beliau turut menggesa semua pihak menyelesaikan isu berkenaan secara baik dan menegaskan bahawa Perdana Menteri serta Jemaah Menteri juga mempunyai batas kuasa yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

Pada program sama, Anwar mengumumkan tambahan RM2.8 juta bagi membaiki infrastruktur asas di 14 institusi pendidikan Islam di Kedah.

-BERNAMA

Related News